KANGAR – Seorang lelaki yang digelar ‘Raja Ular’ nyaris maut apabila dipatuk ular tedung selar ketika menangkap reptilia itu di Kampung Belukar, Abi, semalam. Azri Ahmad, 50, seorang petugas Taman Ular dan Reptilia Sungai Batu Pahat di sini yang berpengetahuan luas dalam hal berkaitan ular dipatuk di tangan kanannya. Isterinya, Siti Hawa Mahamad ketika ditemui Bernama berkata, suaminya menerima panggilan daripada penduduk memaklumkan tentang keberadaan seekor ular di kampung itu pada kira-kira pukul 1 tengah hari. “Saya menemani suami apabila ada makluman mengenai ular dan kami berdua pergi untuk menangkapnya. Bila…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya