Raja Muda Perlis sertai larian bendang - Utusan Malaysia

Raja Muda Perlis sertai larian bendang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR 13 April – Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat mengambil bahagian di dalam program larian Bendang Run 2019 sejauh 6 kilometer yang bermula dan berakhir di Dataran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Perlis di Jejawi dekat sini bersama-sama 1,200 peserta, pagi tadi.

Terdahulu baginda turut berkenan melepaskan seramai kira-kira 300 peserta lain bagi kategori larian sejauh 12 kilometer.

Program ini adalah anjuran Kelab Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Penyiaran Negeri Perlis bersempena Sambutan Ulangtahun ke-73 JPJ.

Memuatkan artikel berkaitan…

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Pengarah JPJ Negeri Perlis, Shahrul Azhar Mat Dali dan Pengarah Jabatan Penyiaran Negeri Perlis, Ahmad Zaki Mustafa.

Tuanku Syed Faizuddin Putra bertitah bahawa penganjuran larian ini amat tepat pada masanya sebagai gelanggang pemanas badan kerana ia dilangsungkan dua minggu sebelum Perlis Marathon 2019 pada 27 April yang akan datang nanti.

Menurut Shahrul pula, larian ini bertujuan untuk menggalakkan budaya hidup sihat di kalangan masyarakat dan pada masa yang sama memainkan peranan kecil jabatan beliau membantu dalam menyemarakkan lagi aktiviti Pelancongan Sukan di negeri ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini