Raja Muda Perlis sertai kayuhan hari polis - Utusan Malaysia

Raja Muda Perlis sertai kayuhan hari polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR 1 April – Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat mengambil bahagian di dalam program ‘Kayuhan Tegas, Adil dan Berhemah 2019’ mengambil sempena ‘Sambutan Hari Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Ke-212’ baru-baru ini.

Program tahunan pada kali ini bermula di pekarangan Kompleks Ibu Pejabat Kontinjen PDRM Perlis yang baharu sedang dibangunkan di Seriab dan bakal diserahkan untuk kegunaan tidak lama lagi. Kayuhan sejauh 12 kilometer tersebut berakhir di Masjid Al Mustaqim Seriab.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Timbalan Ketua Polis Perlis, Asisten Komisioner (ACP) Md Zamri Mat Zanu, Ketua Polis Daerah Kangar Superintenden Wari Kiew dan Ketua Polis Daerah Padang Besar Superintenden Muhamad Halim Yatim.

Memuatkan artikel berkaitan…

Baginda meluangkan masa melawat pelbagai kemudahan yang disediakan di dalam kompleks yang tersergam indah di pintu masuk ke bandar Kangar daripada lebuhraya tersebut sebelum memulakan program.

Kayuhan tahunan ini disekalikan dengan program ‘MAIPs Peduli Menjejaki dan Menyantuni Asnaf kali yang ke 23 bagi tahun 2019’ yang dikendalikan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs). Turut diadakan selepas solat maghrib berjemaah ialah sesi tazkirah yang disampaikan oleh Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Selepas program tersebut, Tuanku Raja Muda menitahkan harapan agar pihak PDRM dapat terus berusaha bagi menyakinkan orang awam supaya menjadi lebih prihatin dan ‘mengambil tahu’ terhadap persekitaran mereka dan segala usaha pihak PDRM dalam mencegah jenayah dan budaya saling ingat mengingati berkaitan aspek keselamatan.

Tuanku Syed Faizuddin Putra juga yakin pendekatan melalui rancangan-rancangan atau dokumentari berbentuk kepolisan yang disiarkan dalam kaca televisyen, di stesen radio, di laman internet seperti youtube dan sebagainya yang melibatkan PDRM, mampu membantu dalam memberikan imej yang baik serta peringatan dan panduan kepada masyarakat tentang kegiatan jenayah yang berlaku saban hari.

Turut serta dalam program berkenaan ialah beberapa wakil Irsyad Trust daripada Singapura yang sedang dalam rangka lawatan kerja ke negeri Perlis. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini