IPOH 22 April – Kerajaan negeri berhasrat membangunkan pusat pemprosesan minyak dan gas di Manjung setelah menerima permintaan daripada beberapa pelabur luar negara termasuk dari China dan Asia Barat. Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Industri dan Pembangunan Wilayah negeri, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, perbincangan mengenainya bagaimanapun masih belum diputuskan dengan dua lokasi dipertimbang iaitu di Tanjung Hantu atau Teluk Senangin. “Minyak itu akan sampai dari Timur Tengah, dibawa secara mentah…










