KUALA LUMPUR 13 April – Aktiviti satu sindiket perjudian dalam talian terbongkar selepas sebuah unit kondominium yang dijadikan pusat operasi sindiket tersebut terbakar dalam kejadian di Taman Pertama, dekat Cheras di sini semalam. BARANGAN yang ditemukan dalam sebuah kondominium terbakar dipercayai menjalankan aktiviti judi dalam talian di Taman Pertama, Cheras Kuala Lumpur semalam. Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mokhsein Mohamed Zon berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kegiatan tersebut menerusi…










