KUALA LUMPUR 3 April – Pusat judi dalam talian yang baru tiga hari beroperasi di Prima Sri Gombak dekat sini diserbu pihak berkuasa. Dalam serbuan kira-kira 9.50 malam tadi, sebanyak tujuh individu termasuk dua wanita berusia di antara 20 sehingga 59 tahun ditahan. Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof berkata, mereka yang ditahan terdiri empat penjaga premis dan tiga pemain. Ujarnya, sebanyak 12 pegawai dan anggota Bahagian Siasatan…










