KUALA LUMPUR 14 April – Proses pengundian awal Pilihan Raya Presiden (Pilpres) Indonesia yang berlangsung hari ini di Kedutaan Besar Indonesia di Jalan Tun Razak di sini berjalan lancar dan terkawal. Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superintenden Rudy Abdullah berkata, setakat ini, tiada perkara tidak diingini berlaku dan pihaknya sedang mengawal lalu lintas di jalan berkenaan bagi mengelakkan kesesakan. “Dianggarkan 1,000 rakyat Indonesia berada di hadapan kedutaan republik itu…










