KUALA LUMPUR 26 April – Projek Lintasan Kota Holdings Sdn. Bhd. (Prolintas) akan menganjurkan Fiesta Bubur Lambuk 2019 di Kawasan Rehat dan Rawat Elmina (arah utara) pada Sabtu ini.
Prolintas dalam satu kenyataan memberitahu, program yang akan bermula pada pukul 8 pagi itu diadakan sempena menyambut kedatangan Ramadan.
“Pihak kami turut mengadakan pertandingan memasak bubur lambuk yang melibatkan masjid dan surau di sepanjang lebuh raya.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Ini merupakan program tahunan Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE). Hasil masakan daripada pertandingan akan diedarkan kepada beberapa rumah kebajikan berhampiran jajaran GCE dan pengguna lebuh raya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN OLINE











