PUTRAJAYA – Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) akan disambung semula pada kos yang lebih rendah susulan permeteraian perjanjian tambahan (SA) antara Malaysia Rail Link Sdn. Bhd. (MRL) dan China Communications Construction Company Ltd. (CCCC), demikian umum Pejabat Perdana Menteri (PMO) hari ini. Kos pembinaan Fasa 1 dan 2 ECRL kini dikurangkan kepada RM44 bilion, pengurangan sebanyak RM21.5 bilion daripada kos asalnya RM65.5 bilion. “Kerajaan Malaysia menyambut baik permeteraian SA…








