PASIR PUTEH – Keputusan kerajaan Persekutuan untuk menyambung semula Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) akan merancakkan lagi industri pelancongan khususnya bagi negeri-negeri di pantai timur. Timbalan Pengarah Bahagian Domestik dan Acara Tourism Malaysia Zurina Abd Samad berkata pantai timur menawarkan banyak produk pelancongan yang menarik terutama keindahan pantai, keunikan budaya dan hasil kraftangan yang berpotensi. “Projek ECRL yang berfungsi memendekkan perjalanan dari ibu negara akan menyemarakkan lagi kedatangan pelancong…










