BESUT 16 April – Seramai 250 warga pendidikan daerah ini berserta wakil Penglibatan Ibu-Bapa dan Komuniti (PIBK) menyertai program Teacher Funride di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Permaisuri Nur Zahirah dekat sini hari ini. Penyelaras program, Nazilan Md. Salleh berkata, para peserta yang dibahagikan kepada kategori lelaki dan wanita itu mengayuh basikal sejauh 26 kilometer sebelum tamat di SMK Permaisuri Nur Zahirah. Katanya, kayuhan diketuai oleh Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Besut,…










