KUANTAN 29 April – Pemuda Pakatan Harapan (PH) Pahang hari ini membuat laporan polis mengenai pihak tertentu yang menyebarkan maklumat palsu mengenai satu program yang kononnya akan dihadiri oleh empat kerabat diraja. Timbalan Pengerusi Pemuda PH Pahang, Mohd. Mustaqim Abdul Jalil melahirkan rasa kesal dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang menggunakan nama Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah tanpa kebenaran. Beliau berkata, tindakan sebegitu jelas tidak…










