GUA MUSANG – Lebih 700 penduduk Orang Asli menerima manfaat sempena Program Kembara Ilmu ‘Aku Dihatimu’ yang dianjurkan Perbadanan Perpustakaan Awam negeri di Pos Tohoi di sini. Pengarahnya, Roslan Ludin berkata, sebanyak 25 agensi negeri dan persekutuan telah mengambil bahagian untuk menyantuni masyarakat Orang Asli suku kaum Temiar itu yang hidup di pinggir bandar. Katanya, program julung kali yang diadakan di perkampungan Orang Asli itu berlangsung selama tiga hari melibatkan…










