SANDAKAN – Parti Warisan Sabah (Warisan) bersama Pakatan Harapan (PH) dan Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) akan bekerja keras dalam memastikan kemenangan DAP pada Pilihan Raya Kecil (PRK) parlimen Sandakan bulan hadapan. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, gabungan parti itu tidak akan mudah berasa selesa, walaupun yakin dengan kemampuan Vivian Wong Shir Yee sebagai calon pada PRK itu. “Kita tidak akan mengambil ringan PRK ini.…










