PRK Sandakan: Semua pihak digesa patuhi peraturan berkempen - Utusan Malaysia

PRK Sandakan: Semua pihak digesa patuhi peraturan berkempen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SANDAKAN – Semua pihak yang terlibat dalam aktiviti berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sandakan diingatkan agar sentiasa mematuhi semua undang-undang, peraturan dan etika pilihan raya sepanjang tempoh kempen pilihan raya mulai esok hingga 11.59 malam 10 Mei.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Azhar Azizan Harun berkata, SPR ingin mengingatkan bahawa sebarang aktiviti kempen seperti penjamuan makanan dan minuman serta pemberian hadiah, sama ada dalam bentuk barangan atau wang secara rasuah mempengaruhi pengundi untuk memberikan atau tidak memberikan undi merupakan kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

“Perlu juga diingatkan bahawa apa-apa tindakan ataupun pernyataan yang mengganggu mana-mana pengundi daripada menjalankan hak pemilihannya secara bebas juga merupakan satu kesalahan di bawah akta yang sama,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Azhar berkata, antara kesalahan yang menjadi perhatian ialah tindakan atau pernyataan yang bertujuan ataupun cenderung untuk mengembangkan perasaan jahat, tidak puas hati ataupun permusuhan antara kaum, dan yang mengancam dengan menggunakan kekerasan, keganasan ataupun halangan ke atas pengundi.

Menurutnya, kesalahan lain seperti tindakan atau pernyataan yang mengancam hendak mengenakan apa-apa bencana, kecacatan, kerosakan atau kerugian keduniaan ataupun kerohanian ke atas pengundi; dan yang mendorong mana-mana pengundi supaya mempercayai mana-mana individu akan menjadi seorang yang dimurkai Tuhan atau yang dicela kerohaniannya. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini