PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 11 Mei depan sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) untuk kerusi Parlimen Sandakan, Sabah. Pengerusi SPR, Azhar Azizan Harun berkata, pihaknya juga menetapkan hari penamaan calon bagi PRK itu pada 27 April manakala hari pengundian awal pada 7 Mei depan. “Tempoh berkempen yang ditetapkan adalah selama 14 hari bermula pada hari penamaan calon sehingga pukul 11.59 malam, 10 Mei depan,” katanya…










