PRK Sandakan: DAP dakwa calon PBS tak mampu jadi wakil rakyat - Utusan Malaysia

PRK Sandakan: DAP dakwa calon PBS tak mampu jadi wakil rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SANDAKAN – Parti Bersatu Sabah (PBS) didakwa tidak berupaya menjadi wakil rakyat di Sandakan kerana parti pembangkang itu gagal memenuhi janji kepada rakyat ketika menjadi sebahagian daripada kerajaan di bawah Barisan Nasional dahulu.

Penolong Setiausaha Publisiti DAP, Yeo Bee Yin berkata, kepimpinan PBS kini diterajui oleh bekas menteri yang bertanggungjawab terhadap tenaga, tetapi gagal melaksanakan dua projek kritikal terhadap masalah tenaga yang sering dibelenggu rakyat di pantai timur Sabah.

“Kerajaan Pakatan Harapan (PH) terpaksa membatalkan projek saluran paip gas Sabah yang sepatutnya menyalurkan gas bagi penjanaan kuasa elektrik dari pantai barat ke pantai timur kerana hanya 11 peratus projek dilaksanakan, sedangkan 88 peratus daripada kos RM4 bilion telah pun dibelanjakan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kerajaan sekarang juga terpaksa membatalkan projek geoterma di Tawau kerana tidak ada perkembangan dalam projek itu sejak 2016,” katanya pada ceramah umum DAP di Apartmen Indah Jaya di sini malam tadi.

Mengenai calon DAP, Vivian Wong Shir Yee, 30, untuk bertanding kerusi Parlimen Sandakan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) 11 Mei ini, Bee Yin berkata, umur dan gender bukan pengukur untuk menentukan kredibiliti seseorang.

“Vivian mempunyai idealisme yang boleh dicapai. Saya yakin beliau akan membawa idealisme anak muda ke Parlimen dan kita perlu percaya pada anak muda dan juga wanita,” katanya. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini