REMBAU – Seorang ibu muda tidak mengabaikan tanggungjawabnya untuk keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Rantau dekat sini hari ini meskipun masih berpantang selepas melahirkan anak sulungnya, Khamis lalu. Wanita itu, Nur Erina Jamaluddin, 25, dari Kampung Tanjung berkata, dia melahirkan seorang bayi lelaki di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban dua hari lalu. “Saya baru dua hari berpantang tetapi, masih mahu mengundi pada hari ini. “Hanya saya mengundi…








