SEREMBAN – Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau buat penggal keempat selepas menewaskan tiga pencabarnya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan itu, hari ini. Timbalan Presiden UMNO yang juga bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu memperoleh majoriti 4,510 undi, selepas mendapat 10,397 undi. Selain Mohamad, PRK itu ditandingi calon Pakatan Harapan (PH), Dr S. Streram dan dua calon Bebas iaitu suri…










