REMBAU – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berpuas hati dengan peratusan keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau yang mencatatkan angka tertinggi berbanding enam PRK sebelumnya. Pengerusinya, Azhar Azizan Harun berkata, peratusan keluar mengundi di PRK DUN Rantau meningkat kepada 79.31 peratus dan trend peningkatan itu berlaku sejak PRK Parlimen Port Dickson pada Oktober tahun lalu. Menurutnya, faktor lain yang mendorong peratusan keluar mengundi tinggi semalam…










