PRK Rantau: Semak maklumat pengundian sebelum mengundi - SPR - Utusan Malaysia

PRK Rantau: Semak maklumat pengundian sebelum mengundi – SPR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN – Pengundi di Bahagian Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN N.27 Rantau yang tidak menerima kad pengundi (Voter’s Card) boleh membuat semakan maklumat pengundian mereka lebih awal sebelum hari pengundian. 

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), Azhar Azizan Harun berkata, pengundi yang tidak menerima kad tersebut kemungkinan telah berpindah dan mereka boleh membuat semakan melalui saluran-saluran antaranya melayari portal SPR di www.spr.gov.my.

“Selain itu mereka juga boleh menghubungi  talian 03-88927018 atau menyemaknya melalui aplikasi MySPR Semak atau SMS ke 15888 (taip SPR SEMAK NO.KAD PENGENALAN).

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bagi pengundi yang telah menerima Voter’s Card atau telah mengetahui maklumat pengundian, mereka tidak perlu membuat semakan di barung semakan SPR sebaliknya boleh terus ke saluran mengundi. 

“Manakala bagi pengundi yang baru membuat semakan, mereka disaran untuk mencatat dan menyimpan maklumat pusat mengundi, saluran mengundi dan nombor bilangan pemilih,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. 

Menurutnya, para pengundi juga diingatkan supaya membawa kad pengenalan dan voter’s card atau catatan maklumat pengundian serta menunjukkannya kepada Kerani Pengundian Pertama (KP1) di saluran. 

“Voter’s Card dan catatan maklumat pengundian itu akan memudahkan KP1 untuk membuat semakan nama pengundi serta membantu kelancaran proses pengundian pada hari mengundi,” katanya. 

PRK DUN Rantau akan diadakan pada 13 April ini manakala hari mengundi awal pada 9 April. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini