PRK Rantau: Sambutan hebat ceramah Grand Finale PH - Utusan Malaysia

PRK Rantau: Sambutan hebat ceramah Grand Finale PH

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU – Ceramah Grand Finale Pakatan Harapan (PH) yang merupakan acara kemuncak PH bagi kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau malam ini mendapat sambutan luar biasa daripada orang ramai.

Dianggarkan hampir 1,000 orang menghadiri ceramah tersebut yang membariskan ramai pemimpin kanan PH turun membantu kempen calon mereka, Dr. S. Streram.

Bagaimanapun, Perdana Menteri selaku Pengerusi PH, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang diharapkan akan muncul dan berucap pada program tersebut tidak hadir.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sebelum ini gambar Mahathir tertera pada poster promosi ceramah PRK berkenaan dan digembar-gemburkan bakal muncul bersama pemimpin PH lain.

Ceramah Grand Finale PH itu berlangsung di Dataran Metro Park, Bandar Sri Sendayan dekat sini bermula kira-kira pukul 9 malam dan dimeriahkan dengan persembahan penyanyi popular Siti Nordiana.

Pada kempen PRK DUN Semenyih Februari lalu, PH membawa Datuk Jamal Abdillah untuk memberikan persembahan dalam ceramah meganya yang dihadiri Perdana Menteri.

Antara pemimpin PH yang hadir ialah Ketua Umum PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail; Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu; Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke Siew Fook dan  Naib Presiden PKR, Tian Chua. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini