SEREMBAN – Pemilih berdaftar bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau akan menunaikan tanggungjawab memilih wakil rakyat mereka esok selepas 14 hari tempoh berkempen. Empat calon bertanding pada PRK itu terdiri daripada calon Pakatan Harapan (PH), Dr. S. Streram, calon Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hasan dan dua calon Bebas iaitu suri rumah R. Malarvizhi serta bekas pensyarah Mohd. Nor Yassin. Sebanyak 14 pusat mengundi membabitkan…








