SEREMBAN – Dua pusat pengundian awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau iaitu Pangkalan Udara (PU) Sendayan dan Balai Polis Rantau di sini, ditutup tepat pada pukul 12 tengah hari ini. Seramai 110 pengundi awal daripada kalangan anggota tentera dan pasangan serta anggota polis layak mengundi hari ini. Proses pengundian awal yang berlangsung selama empat jam bermula 8 pagi tadi turut disaksikan oleh ejen-ejen calon yang bertanding pada PRK berkenaan, selain kalangan pemerhati pilihan raya terdiri daripada wakil organisasi serta pertubuhan bukan kerajaan yang dilantik oleh…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya