REMBAU – Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan mengingatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai kuasa untuk menghentikan aktiviti Pakatan Harapan (PH) yang menyalahi peraturan pilihan raya. Menurut beliau, SPR mempunyai pegawai pemantau untuk mengambil tindakan tersebut dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau kali ini. “Sekurang-kurangnya pegawai pemantau mereka (SPR) patut ambil tindakan. Terang-terangan mereka (PH) buat jamuan-jamuan besar. Patut diberhentikan ketika itu juga. Anda ada kuasa. “Berhentikanlah. Saya tak cakap pasal pendakwaan, tetapi ada pemantau SPR yang dilantik kenapa tidak dihentikan,”…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya