PRK Rantau: Abdul Hadi sindir pemimpin kuliah Maghrib dan menari  - Utusan Malaysia

PRK Rantau: Abdul Hadi sindir pemimpin kuliah Maghrib dan menari 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU – “Ucapan saya ini tiada kena-mengena dengan mereka yang hidup atau yang sudah mati,” kata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang disusuli gelak tawa orang ramai di Rantau dekat sini malam tadi.

Beliau berkata demikian selepas kenyataannya yang dipercayai menyindir Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima sorakan orang ramai.

Terdahulu beliau dalam ucapannya pada program ceramah perdana sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau mengingatkan rakyat Malaysia supaya memilih pemimpin yang berwibawa dan mampu berterus terang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ada (pemimpin) yang ketika di tempat orang Melayu pakai Melayu, tempat India pakai India, tempat Cina pakai Cina. Tempat kuliah Maghrib (beri) kuliah Maghrib, tempat menari, menari,” sindirnya.

Turut hadir Timbalan Presiden UMNO yang juga calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan; Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan; Naib Presiden MCA, Ti Lian Ker dan Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Anwar baru-baru ini di Rantau mempamerkan bakat terpendam beliau menari dan menyanyi lagu Tamil di Dewan Orang Ramai Taman Angsamas Rantau dekat sini.

Ahli Parlimen Port Dickson itu menyajikan tarian itu hampir tiga minit dengan iringan penghibur tempatan yang mendengangkan lagu daripada filem lakonan MG Ramachandran (MGR).

Anwar pernah mempamerkan bakat sama di hadapan pengundi India semasa beliau bertanding PRK bagi kerusi Parlimen Port Dickson pada 6 Oktober tahun lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini