REMBAU – Kurang tiga jam lagi sebelum tempoh pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau akan ditutup. Bagaimanapun sumber Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan peratusan pengundi DUN Rantau yang telah keluar mengundi setakat pukul 2 petang tadi cuma sekitar 61 peratus. Sebanyak 14 pusat mengundi membabitkan 53 saluran dibuka bermula pukul 8 pagi tadi sebelum ia ditutup pada pukul 5.30 petang ini. – K! ONLINE










