Prestasi Real resahkan Zidane - Utusan Malaysia

Prestasi Real resahkan Zidane

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID – Real Madrid terpaksa menerima kekalahan kali ke-10 dalam saingan La Liga musim ini selepas skuad kendalian Zinedine Zidane tewas 0-1 kepada Rayo Vallecano di Stadium de Vallecas awal pagi semalam.

Gol tunggal perlawanan terhasil menerusi sepakan penalti yang disempurnakan Adri Embarba berjaya menewaskan Thibaut Courtois pada minit ke-23 perlawanan ketika beraksi di hadapan penyokong sendiri.

Sepakan penalti berkenaan diberikan selepas pengadil perlawanan, Pablo Gonzales Fuertes merujuk Video Bantuan Pengadil (VAR) ekoran pemain Real, Jesus Vallejo dipersalahkan kerana melakukan kekasaran ke atas Javi Guerra.

Memuatkan artikel berkaitan…

Meskipun Real kemudiannya berjaya mendapatkan gol penyamaan menerusi sentuhan Mariano, namun jaringan ber­kenaan telah dibatalkan ekoran kesalahan ofsaid.

“Kami gagal melakukan seperti apa yang dirancang daripada awal sehingga akhir permainan.

“Kadangkala memang sukar untuk mendapatkan gol tetapi hari ini perkara itu terjadi apabila pemain tidak mencipta sebarang peluang ketika bertandang ke tempat lawan.

“Sudah tentu saya berang dan marah dengan persembahan pasukan hari ini kerana kami telah memberikan gambaran yang sangat teruk untuk Real,” kata Zidane. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini