SURABAYA 13 April – Calon Presiden Indonesia nombor dua, Prabowo Subianto mengumumkan puluhan nama calon-calon Kabinet jika beliau memenangi pilihan raya yang bakal berlangsung pada 17 April ini. Portal berita Tempo melaporkan, Prabowo menyifatkan nama-nama tersebut sebagai pihak yang banyak membantunya selama ini, selain mengakui dirinya tidak boleh bekerja sendiri tanpa bantuan serta sokongan pihak yang berkaitan. “Prabowo tidak bekerja sendiri kerana kemampuannya adalah terhad sama seperti manusia biasa, namun…










