SABAK BERNAM – Kegiatan warga asing yang menangkap hasil laut menggunakan bubu naga berjaya dipatahkan dalam dua serbuan berasingan sekitar perairan Sungai Besar di sini hari ini. Dalam serbuan dilakukan pukul 8.15 pagi oleh Pasukan Polis Marin (PPM) merampas beberapa buah bubu naga, dua buah bot gentian kaca dan sebuah bot pancung dengan nilai keseluruhan hampir RM40,000. Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Pelabuhan Klang, Deputi Superintendan Khairuddin Jamal berkata, kejayaan…










