JOHOR BAHRU – Cubaan sekumpulan lelaki untuk menyeludup keluar 970 ekor burung murai kampung bernilai kira-kira RM29,100 tidak kesampaian apabila aktiviti mereka dipatahkan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua di pantai Kampung Simon, Teluk Ramunia, Pengerang dekat Kota Tinggi kelmarin. Difahamkan, kesemua burung murai kampung itu cuba diseludup ke negara jiran untuk dijual kepada peminat burung pada harga mencecah RM300 seekor. Komander PPM Wilayah Dua Johor, Asisten Komisioner Paul Khiu…










