Port Dickson tuan rumah Jelajah Dunia FIVB - Utusan Malaysia

Port Dickson tuan rumah Jelajah Dunia FIVB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON, 16 April – Pantai Saujana, Batu 4 di sini akan menjadi tuan rumah Kejohanan Bola Tampar Pantai Jelajah Dunia FIVB lelaki dan wanita peringkat tiga bintang yang pertama bermula 30 April hingga 4 Mei ini.

Ketua Pegawai Eksekutif NBL Asia Sdn Bhd, Tan Kee Hian berkata kejohanan ‘Port Dickson Beach Open 2019’ itu mendapat penyertaan menggalakkan termasuk daripada pemenang pingat emas Sukan Olimpik seperti Kerri Walsh Jennings dan Alison Cerutti.

“Program ini bertujuan memberi pengalaman hebat dan menjadi suri teladan kepada masyarakat khususnya untuk menggalakkan lebih ramai belia Malaysia menyertai permainan bola tampar.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ia juga peluang baik untuk menarik minat orang muda belajar daripada atlet profesional,” kata Kee Hian.

Kejohanan tersebut menawarkan hadiah keseluruhan US$75,000 (RM310,211).

Kejohanan itu dianjurkan oleh NBL Asia Sdn Bhd yang dibawakan oleh Seri Mutiara Development Sdn Bhd dengan kerjasama Persatuan Bola Tampar Malaysia (Mava) dan majlis perbandaran dengan sokongan kerajaan negeri. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini