Polis tunggu Wisma Putra ambil kenyataan suspek pukul pelajar - Utusan Malaysia

Polis tunggu Wisma Putra ambil kenyataan suspek pukul pelajar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pihak polis masih menunggu laporan daripada Wisma Putra bagi mendapatkan keterangan suspek yang terlibat dalam pergaduhan di Sekolah Antarabangsa Kuala Lumpur di Ampang Hilir di sini pada Rabu lalu sehingga menyebabkan seorang pelajar cedera.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Noor Azmi Yusoff berkata, pihaknya telah menghantar permohonan kepada pihak Wisma Putra pada 15 April lalu.

“Proses tersebut perlu melalui Wisma Putra untuk mendapatkan keterangan suspek kerana remaja itu adalah anak salah seorang kakitangan Pejabat Kedutaan Amerika Syarikat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pada masa kini, polis telah mengambil keterangan lima individu termasuk pengetua dan pihak polis masih menunggu laporan daripada pihak Wisma Putra,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur hari ini.

Kosmo! hari ini melaporkan suspek yang terlibat dalam pergaduhan itu telah meninggalkan negara ini minggu lalu berdasarkan rekod imigresen.

Menurut sumber, pergaduhan berlaku ketika mangsa berada di dalam tandas dan didatangi anak staf kedutaan AS itu bersama rakannya yang dikatakan telah mengusik barang mangsa sebelum berlaku pertelingkahan dan mangsa dipukul serta dihentak ke dinding menyebabkan pelajar tersebut terpaksa menerima 38 jahitan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini