Polis tahan 25 lelaki terlibat dadah - Utusan Malaysia

Polis tahan 25 lelaki terlibat dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 15 April – Polis menahan 25 lelaki tempatan yang dipercayai terlibat dalam kegiatan pengedaran dan penyalahgunaan dadah menerusi empat serbuan berasingan melibatkan kawasan Felda Bukit Ramun dan Felda Penggeli Timur dekat Kota Tinggi semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superitenden Ahsmon Bajah berkata, kesemua mereka yang berusia 29 hingga 55 tahun itu ditahan dalam Op Tapis Bersepadu yang dijalankan pihaknya berdama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Kota Tinggi dan Mersing bermula 4.30 pagi hingga 12 tengahari.

“Hasil serbuan itu, polis merampas tujuh peket plastik berisi dadah disyaki heroin seberat 86.7 gram, 12 peket plastik disyaki berisi dadah jenis syabu (4.69 gram) dan satu lipatan kertas timah disyaki berisi dadah jenis ganja seberat 0.72 gram,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata, kesemua dadah yang dirampas dianggarkan bernilai RM1,910 dan mampu dibekalkan kepada lebih 200 penagih di sekitar kedua-dua Felda itu.

Tambahnya, ujian saringan awal air kencing mendapati kesemua lelaki terbabit positif dadah jenis morfin.

“Kesemua mereka disiasat mengikut Seksyen 39B, Seksyen 39A(2), Seksyen 12(2) serta Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini