Polis siasat penularan CCTV prosiding perbicaraan Najib - Utusan Malaysia

Polis siasat penularan CCTV prosiding perbicaraan Najib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 20 April – Polis akan membuka siasatan di bawah Kertas Enkuari Polis (KEP) berhubung penularan satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) prosiding perbicaraan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak di dalam sosial Facebook semalam.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, sebelum itu, pihaknya akan membuat laporan iaitu first information report’ (FIR) tentang siasatan tersebut memandangkan tiada siapa yang tampil membuat laporan polis.

“Laporan dibuat adalah bagi mendapatkan maklumat awal bagi membolehkan siasatan dijalankan berhubung penularan video berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Polis akan menyiasat terlebih dahulu bagi melihat apa kesalahan yang ada,” katanya kepada pemberita selepas Program Ramah Mesra bersama penduduk Segambut, di Taman Sri Segambut di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini