Polis siasat anggotanya terlibat rasuah - Utusan Malaysia

Polis siasat anggotanya terlibat rasuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 26 April – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menjalankan siasatan berhubung penahanan seorang pegawai dan enam anggota polis di Pahang berhubung siasatan kes rasuah membabitkan kesalahan penyalahgunaan dadah.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, pihaknya akan bekerjasama penuh dengan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mendapatkan maklumat lengkap.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ujarnya, tindakan yang diambil pihak jabatan perlu berasaskan laporan yang dikemukakan pihak SPRM. Kalau ada terlibat kita akan siasat dahulu. Bagi peluang kepada mereka, kita tak boleh membuat tindakan secara melulu.

“Setiap tindakan mesti berasaskan undang-undang dan kita mesti dapatkan bukti dahulu bagi memastikan benar atau tidak dakwaan tersebut,” katanya dalam sidang akhbar selepas Program Lawatan Hospital Sempena Peringatan Hari Polis Ke-212, di Hospital Selayang di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini