JOHOR BAHRU 6 April – Sebanyak 57.87 kilogram pelbagai jenis dadah bernilai RM5.07 juta dirampas polis Daerah Johor Bahru Selatan dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini. SHAHURINAIN JAIS Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, dalam tempoh sama, seramai 1,774 individu ditahan atas pelbagai kesalahan berkaitan dadah. “Antara dadah yang dirampas ialah jenis syabu iaitu seberat 26.04 kg, heroin (17.7 kg), daun ketum (8.2 kg) dan ganja (1.63 kg),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Tambahnya, sejumlah harta benda dengan nilai dianggarkan RM2.52 juta…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya