GUA MUSANG – Polis melepaskan dua das tembakan dalam usaha memberhentikan sebuah kenderaan dipandu secara berbahaya oleh seorang lelaki yang cuba melarikan diri bersama 155 kilogram daun ketum di Ladang Sungai Terah, Jalan Gua Musang-Jeli, di sini kelmarin. Dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu, pemandu Perodua Bezza berwarna biru itu pada mulanya cuba melarikan diri daripada anggota pasukan polis peronda (MPV) selepas dilihat dalam keadaan mencurigakan di Jalan Gua…










