Polis Marin rampas rokok, minuman keras bernilai RM15,000 - Utusan Malaysia

Polis Marin rampas rokok, minuman keras bernilai RM15,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 15 April – Pasukan Polis Marin (PPM) merampas sejumlah rokok dan minuman keras pelbagai jenis bernilai RM15,000 dalam serbuan dijalankan di tiga premis yang dipercayai menjual barangan tanpa cukai kastam di sekitar Miri, Sarawak, semalam.

Memetik laporan Utusan Borneo, dalam operasi khas bersama anggota cawangan Kuching, Bintulu dan Miri selama dua jam yang bermula pukul 10 pagi itu, pasukan tersebut merampas 61 karton rokok pelbagai jenis dan 168 botol serta 583 tin minuman keras.

Menurut Ketua Bahagian Risik dan Operasi PPM Wilayah 5, Deputi Superintenden Fakharuddin Amri Sanusi, pihaknya turut menahan tiga individu termasuk dua wanita berusia antara 30 dan 65 tahun dalam serbuan serentak tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dalam serbuan di premis tidak bernombor, sebanyak 24 karton rokok membabitkan 4,748 batang rokok pelbagai jenis dan wang tunai berjumlah RM2,475 dirampas manakala dalam serbuan kedua, sejumlah 19 karton rokok dengan 3,672 batang rokok dan 485 tin minuman keras dirampas dalam sebuah kafe di pusat komersial Pelita.

“Selain itu, PPM turut merampas 18 karton rokok melibatkan 3,604 batang rokok dan 168 botol besar bersama 98 tin minuman keras pelbagai jenis di sebuah restoran berhampiran.

Tambah Fakharuddin Amri, kesemua barangan dirampas manakala tiga suspek ditahan untuk tindakan dan siasatan lanjut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini