JAKARTA 13 April – Polis Indonesia menjalin kerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menyiasat kes penemuan kertas undi bocor yang telah ditanda di Selangor kelmarin. CNN Indonesia melaporkan, Ketua Biro Maklumat Awam di Divisyen Hubungan Awam Polis Indonesia, Dedi Prasetyo berkata, PDRM dan Komisi Pemilihan Umum (KPU) akan memeriksa lokasi penemuan serta meneliti semua dokumen berhubung kes berkenaan. Selain itu, Dedi menjelaskan bahawa Bawaslu masih berperanan sebagai badan pengendali…










