Polis gagalkan cubaan seludup keluar 21,500 pil ekstasi - Utusan Malaysia

Polis gagalkan cubaan seludup keluar 21,500 pil ekstasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 8 April – Polis menemukan sejumlah 21,500 biji pil dipercayai dadah ekstasi di dalam sebuah beg berwarna hitam yang ditemui terapung di perairan Sungai Pulai delat Gelang Patah kelmarin.

Dadah yang dianggarkan bernilai RM645,000 itu dipercayai dicampak dua lelaki yang menaiki sebuah bot fiber yang dikejar sepasukan polis marin yang melakukan rondaan di kawasan berkenaan pada 6 petang.

Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua, Asisten Komisioner Paul Khiu Khon Chiang berkata, dalam kejadian itu, dua lelaki dipercayai rakyat tempatan berusia dalam lingkungan 40an berjaya meloloskan diri.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dadah tersebut yang ditemukan dalam sebuah beg berwarna hitam itu terdiri daripada 14,300 bijil pil dipercayai ekstasi berwarna merah jambu dan 7,200 biji pil ekstasi berwarna hijau,” katanya pada sidang media di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar.

Paul berkata, hasil siasatan awal mendapati, dua lelaki terbabit cuba menyeludup keluar dadah tersebut ke negara jiran dipercayai Indonesia menggunakan jalan laut.

“Susulan itu, polis marin dan IPD Iskandar Puteri menjalankan Ops Cari untuk mengesan suspek yang melarikan diri ke kawasan hutan bakau, namun gagal memandangkan cuaca semakin gelap selain lokasinya yang jauh daripada mana-mana perkampungan.

“Usaha mengesan suspek masih giat dijalankan,” katanya.

Paul memberitahu, kejayaan itu merupakan hasil kerjasama PPM Wilayah Dua dan IPD Iskandar Puteri. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini