Pogba pandai ambil hati peminatnya - Utusan Malaysia

Pogba pandai ambil hati peminatnya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER 13 April – Paul Pogba menceriakan seorang peminat remaja Manchester United apabila penyerang Perancis itu sudi bergambar bersamanya di luar sebuah hotel.

PENYERANG Manchester United, Paul Pogba (dua dari kiri) melayan kerenah peminat yang mahu bergambar bersama dengannya di luar hotel penginapan pasukan. – AGENSI

Sekumpulan penyokong United berkumpul di luar hotel penginapan pemain United namun terdapat seorang peminat kelihatan terdesak apabila dia melutut dan merayu untuk bergambar bersama Pogba.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketika Pogba turun dari bas, dia ternampak gelagat penyokong tersebut dan pergi ke arahnya sebelum mereka bergambar bersama malah menandatangani di baju peminat tersebut.

Selain itu juga, dia sempat berswafoto bersama beberapa lagi peminat yang mengerumuninya.

United akan bertemu West Ham di laman sendiri dalam aksi liga terdesak untuk mencari tiga mata dalam pemburuan mereka untuk mendapatkan slot ke Liga Juara-Juara bersama tiga lagi pencabar iaitu Tottenham, Arsenal dan Chelsea. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini