PM terima kunjungan hormat perpisahan Ketua Polis Negara - Utusan Malaysia

PM terima kunjungan hormat perpisahan Ketua Polis Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 29 April – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menerima kunjungan hormat perpisahan daripada Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun yang bakal menamatkan perkhidmatannya pada Sabtu ini.

Pertemuan itu diadakan di Pejabat Perdana Menteri, di Putrajaya hari ini.

“Terima kasih dan setinggi penghargaan atas perkhidmatan selama ini,” menurut akaun Facebook Perdana Menteri yang turut memuat naik beberapa gambar Dr. Mahathir bersama Mohamad Fuzi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pada masa sama, Mohamad Fuzi menerusi akaun Twitter beliau turut berkongsi beberapa gambar pertemuan yang diadakan.

“Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri. Saya amat berbesar hati dapat berkhidmat di dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) selama 35 tahun dan menerajui pasukan bagi tempoh setahun tujuh bulan.

“Semoga jalinan ukhuwah antara kita kekal bersemi selamanya. Insya-Allah,” katanya.

Mohamad Fuzi yang akan berusia 60 tahun pada 4 Mei ini dilantik sebagai Ketua Polis Negara pada 4 September 2017 menggantikan Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau menyertai PDRM sebagai Kadet Asisten Superintenden pada 8 Januari 1984. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini