LANGKAWI 13 April – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad gembira dengan pencapaian pasukan-pasukan tempatan yang bertanding dalam Le Tour de Langkawi (LTdL) 2019 yang berakhir hari ini. Dr. Mahathir berkata, kejayaan yang memberangsangkan itu dapat dilihat melalui salah satu pasukan Malaysia yang merangkul jersi kuning sebagai juara keseluruhan LTdL 2019. “Pada mulanya pasukan kita tiada langsung tetapi lama-kelamaan kita dapat melatih pasukan-pasukan kita dan sekarang mereka berjaya dalam perlumbaan…










