PUTRAJAYA 30 April – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini mengadakan pertemuan dengan lebih 1,000 pegawai tinggi kerajaan dalam Perkhidmatan Awam Persekutuan dan negeri. Pertemuan yang berlangsung di Dewan De Seri Endon, Puspanitari dekat sini memberi peluang kepada pegawai-pegawai kerajaan terbabit berinteraksi dan mendengar aspirasi Perdana Menteri dalam membangunkan Malaysia Baharu. Ia juga bagi memastikan perjalanan jentera kerajaan berada pada landasan yang sebenar berlandaskan prinsip Good Governance dan…










