KUANTAN 14 April – PKR tidak akan mempertahankan penyokongnya jika mereka terlibat dalam pergaduhan atau kejadian menghalang tugas penjawat awam dengan bertindak menahan dan memeriksa kereta peronda polis pada hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau semalam. Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau tidak memandang ringan kejadian itu dan meminta supaya polis mengambil tindakan sewajarnya. “Tiada sebab mengapa parti atau pekerja parti bersikap biadab…










