PKNP FC teruskan rentak kemenangan, tumpaskan Melaka United 1-0 - Utusan Malaysia

PKNP FC teruskan rentak kemenangan, tumpaskan Melaka United 1-0

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERI MANJUNG – Kelab Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP FC) meneruskan lagi rentak kemenangan ketiga berturut-turut dalam saingan Liga Super apabila menewaskan Melaka United 1-0 di gelanggang sendiri di Stadium Majlis Perbandaran Manjung di sini sebentar tadi. 

PKNP FC mendapat gol tunggal kemenangan pada minit ke-66 hasil daripada kesilapan pemain pertahanan pelawat, Ahmad Khuzaimi Piee yang tertampan bola hantaran pemain penyerang tuan rumah, Yashir Pinto.

Awal permainan, kedua-dua pasukan bermain agak perlahan dan berhati-hati dengan bola banyak berlegar-legar di tengah padang. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Tuan rumah memperoleh percubaan terbaik pada babak pertama pada minit ke-22 menerusi rembatan pemain tengah, Mohamad Al-Fateh Mohd. Afendi dari luar kotak penalti namun penjaga gol Melaka United, Khairul Fahmi Che Mat mendakap kemas bola tersebut.

Pelawat juga berpeluang mendapatkan jaringan pada minit ke-62 menerusi rembatan penyerangnya, Patrick Reichelt namun berjaya ditepis penjaga gol PKNP FC, Amar Asyraaf Omar. 

PKNP FC memperoleh beberapa peluang baik untuk menjaringkan gol namun dinafikan pertahanan dan Khairul Fahmi. 

Jaringan tunggal PKNP FC ke atas Melaka United tersebut kekal sehingga ke tiupan wisel penamat. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini