KUALA LUMPUR 6 April – Beraksi di tempat sendiri dengan sokongan ribuan penyokong tuan rumah gagal membantu Terengganu daripada dikejutkan 1-2 oleh PKNP FC dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu sebentar tadi. Ini adalah kekalahan liga kedua berturut-turut buah skuad bimbingan Irfan Bakti Abu Salim selepas tewas 0-1 kepada Selangor dalam aksi terakhir di Stadium Shah Alam, 29 Mac lalu. Kekalahan ini menyebabkan skuad Penyu jatuh ke tangga ketujuh liga dengan sembilan mata manakala PKNP yang hanya mencatat kemenangan kedua liga musim ini keluar…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya