Pizza Hut Malaysia (Pizza Hut), rangkaian piza nombor satu di Malaysia terus menerajui inovasi dengan memperkenalkan cara terbaharu untuk menikmati piza. Kali ini, menerusi The Singing Pizza, penggemar piza boleh menikmati pengalaman unik itu daripada Pizza Hut mulai sekarang hingga Disember ini.
Bukan hanya sekadar piza, Pizza Hut mahu meningkatkan pengalaman rakyat Malaysia secara keseluruhannya dengan menyelitkan hiburan berteknologi tinggi ke dalam setiap hidangan. The Singing Pizza bakal mengubah cara rakyat Malaysia menikmati piza melalui penggunaan kotak piza berinovasi yang turut bertindak sebagai kotak muzik, membuatkan pelanggan kagum dan terpesona dengan pengalaman menikmati piza yang lebih mengasyikkan.
Ketua Pegawai Eksekutif Restoran QSR Brands Holdings (M) Bhd., Merrill Pereyra berkata, strategi kami di Malaysia adalah mengutamakan pelanggan dengan memudahkan dan memberi pengalaman cita rasa piza yang lebih baik menerusi inovasi berasaskan digital.
Ketua Pegawai Pemasaran Pizza Hut Malaysia, Jean Ler, pula berkata, pengalaman Pizza Hut ini adalah untuk menggalakkan rakyat Malaysia mengecapi hidup yang lebih bermakna dan penuh semangat.
“Muzik merupakan sebahagian besar daripada budaya rakyat Malaysia. Oleh itu, melalui The Singing Pizza, kami menggabungkan dua budaya rakyat yang disayangi iaitu makanan dan muzik, menjadikannya satu pengalaman yang serba baharu,” katanya.
Pengalaman terbaharu ini menggabungkan dua bahagian budaya Malaysia yang sering diperkatakan iaitu muzik dan makanan. Justeru, Pizza Hut bekerjasama dengan Universal Music Malaysia bagi memberikan rakyat Malaysia suatu pengalaman serba baharu.
Dalam pada itu, aktres terkenal, Fazura berkata, beliau dan suami, Fattah Amin teruja menjadi artis pertama di Malaysia melancarkan trek terbaharu kami melalui platform The Singing Pizza yang unik ini.
The Singing Pizza menjadikan kotak piza biasa sebagai sebuah kotak muzik yang memainkan lagu daripada senarai lagu eksklusif dan didatangkan dengan pelbagai reka bentuk menarik. Senarai lagu The Singing Pizza terdiri daripada 200 lagu-lagu yang akan dikemaskini setiap dua minggu, termasuk lagu-lagu yang belum dilancarkan artis terkemuka seperti Fattah Amin, Fazura, Alvin Chong, Zaim, Shalma dan Aman Ra.
Untuk maklumat lanjut mengenai The Singing Pizza, sila layari https://www.pizzahut.com.my/the-singing-pizza.











