Pilihan raya dan turap jalan sukar dipisahkan - Utusan Malaysia

Pilihan raya dan turap jalan sukar dipisahkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU 3 April – Tidak tahu mengapa, setiap kali berlakunya pilihan raya, pasti projek menaik taraf dan menurap jalan turut dilakukan, seperti sudah sinonim.

Tidak terkecuali dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau yang sedang berlangsung ketika ini.

Tinjauan Utusan Malaysia hari ini mendapati, aktiviti menurap jalan giat dilaksanakan di persimpangan Jalan Sungai Gadut-Rantau dekat sini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Difahamkan, kerja-kerja menurap jalan sepanjang kira-kira dua kilometer telah telah bermula sejak tiga hari lalu.

Keadaan tersebut sedikit sebanyak mengganggu pengguna jalan raya berkenaan ditambah dengan kehadiran jentera-jentera berat.

Mengapa aktiviti menurap jalan ini dilakukan semasa kempen PRK Rantau dan tidak sebelum atau selepas hanya pihak yang berwajib sahaja yang mempunyai jawapan.

Apa yang pasti, projek ini tentu akan memberi banyak manfaat dan keselesaan kepada penduduk Rantau. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini